Thursday, November 19, 2009

Pindah rumah baru...

Kehidupan aku dgn housemate di Bandar Sri Permaisuri tidak lama.. Nampaknya ada org yg ingin memisahkan keakraban kami 6 sahabat di atas sebab-sebab yang tertentu.. Akhirnya kami terpisah setelah berpindah ke Apartment Laman Midah.
Oh sedeynye.. Kena tinggal dengan org lain pulak. Tapi, aku, syue dan ernie still bersama.. Alhamdulillah kami dapat berkongsi segalanya lagi.
Susah senang kami lalui bersama. Namun kadang kala.., kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bersama orang lain.

Duhai sahabat..,
Ku ingin kongsi segalanya bersamamu. Tiada siapa yang dapat ku harapkan atau ku bergantung harapan.., hanya bersamamu sahabat..
Aku ingin dirimu menjadi pengganti kepada sahabat2ku semasa zaman sekolah dulu. Hanya dirimu sahabat yang dapat menjadi penghiburku di kala ku bersedey..
Sahabat...
Maafkan diriku seandainya daku banyak melakukan kesilapan ke atas dirimu.. Kadang kala aku tidak menyedari kesilapan, terlanjur perkataan atau terkasar bahasa ketika berbicara. Aku sedari akan kelemahan diriku..
Janganlah sisihkan diri ini. Aku tiada tempat untuk mengadu.. Aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu. Aku ingin kita bersama selalu..
Duhai sahabat...
Maafkan daku.., ampunkan aku..
Andainya aku tidak adil dalam melayani dirimu berdua. Jauh di sudut hatiku.., aku amat menyayangi dirimu sahabat. Aku telah cuba untuk bersikap adil kepada keduanya..
Maafkan diriku sahabat....
Sekiranya sikapku kurang disenangi..

No comments: