Wednesday, October 21, 2009

Bermula la Hidup Baru..

Akhirnya.. setelah lama aku tunggu punya tunggu, datang jugak surat tawaran daru UKM yang memanggilku untuk daftar diri. Huh, gembiranya bukan kepalang nak ku ungkapkan. Sebuah universiti yang tak ku sangka2 untuk melayakkanku melangkahkan kaki ke sana. Aku rasa sungguh bertuah dah beruntung waktu itu. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hatiku. Rasa macam nak lompat2 je. Tapi bila fikir2, masa tu kat umah mak sedara aku, spupu2 lelaki aku ramai, kalau aku melompat... eeeee buruknye perangai.. So tak jadila aku melompat.. Haha.
Gembira, memang la gembira. Tapi bila tengok course yang aku dapat.. NURSING. Ya Allah... Macam mane nie?? Nak terime ke tak? Seumur hidup aku dari kecik, tak pernah terlintas pun difikiranku untuk bercita2 menjadi seorang JURURAWAT..
Atas dorongan dan sokongan dari family, akhirnya aku terima.. Masa isi borang hari tu pun, bukan aku yang isi. Akak nagn abg spupu aku yang beria2 nak isi. Dieorg yang bersemangat! Aku buat bodo je. Haha. Yela, isi borang pun untuk apply kat UKM, hati aku yakin sangat aku tak kan dapat tawaran tu. Tapi.., tu la org cakap.., rezeki namanya.
Tak rugi aku terima. Daripada aku terseksa kat PTPL, baek aku masuk UKM. Aku dapat ramai kawan2 baru. Mereka jauh lebih baek.. Alhamdulillah...
Bukan aku nak mengutuk atau nak bandingkan mana2 pelajar. Tapi aku cuma luahkan ape yang aku rasa dan alami. Demi Allah, semua tu benar2 berlaku. Sebenarnya, belajar di mana2 pun same je. Yang penting hati kita dan sikap kita untuk menerima keadaan tu. Sebagai org melayu yang beragama Islam pulak tu., pandai2 la kite jaga adab, pergaulan, kesopanan dan segala adat istiadat ketimuran selaras dengan ajaran agama kita.
Ewah2.. macam ustazah pulak aku nie. Hehe..
Haa.., inila gamba sebahagian drp kwn2 aku kt UKM masa orientasi hari tu.. Aku yang pakai baju biru tu. Hehe.

Kehidupanku di kolej..

Setelah kite sume dah puas beraye ari tu.., kali nie aku akan sambung kembali kisah mengenai perjalanan hidupku ini. Aduh.. orang kata, selagi nyawa dikandung badan, selagi tu lah hidup kita perlu diteruskan..
Semasa aku kerja, ada jugak aku apply macam2 unversiti, kolej pun aku try. Bagi aku, yang penting dapat sambung belajar demi masa depan aku dan family. Akhirnya tunggu punya tunggu, banyak jugakla tawaran yang aku dapat. Tapi atas saranan family, aku masuk Kolej PTPL kat Shah Alam. Tapi aku tukar kampus ke Ampang sebab jauh sangat nak ulang-alik dari umah makcik aku.
Ya Allah.. hanya tuhan je tau betapa seksanya aku di sana. Boleh dikatakan, ari2 aku tukar kawan sebab kawan2 kat situ tak b'jenis la. Aku tak leh nak campur ngan dieorang. Sosial sangat. Seksi usah cakapla. Datang kelas pakai singlet dgn short jeans je. Ari orientasi sume ayu2 la pakkai baju kurung. Pas tu, hermmm. Tension...!!!
Aku masuk kolej nie pun sebab ada course Dip. Teknologi Makmal Perubatan (DTMP). Family aku lebih syorkan aku pilih bidang perubatan sebab senang dapat kerje nanti. Aku lak ikkut jje la ape kata dieorang..
Aku g kelas ulang alik dari sentul ke ampang. Aku naik LRT sorang2. Jauh giler. Dari hujung ke hujung. Dekat setengah jam gak aku dok dlm LRT sementara nak sampai ke stesen ampang. Sabar jela. Dahla kena bangun awal lak tu. Nak wat cam ne, dah jauh kan..
Sampai je stesen ampang, aku naik bas pulak. Tau2 je la.., naik bas nie orang ramai, bangla indon sume ade.. Bau nie, ya Allah.. bagai nak pengsan!
Aku turun dari bas betul2 dekat dgn ampang point. Pas tu jalan kaki sikit sampai la ke kolej PTPL. Kadang2 datang je kelas awal2 pagi, lecturer lak gtau kelas tak de.. Petang pulak baru ade kelas. MasyaAllah... penatnye rasa.. Orang lain yang rumah dekat boleh la balik.. Aku nie??? Takkan nak patah balik pulak! Ape lagi, aku pusing2 kat ampang point je la sampai ke petang..